Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

January 13, 2012

Tentang aku?

dan aku perlu pecahkan tembok ini
rempuh sekuat-kuat hati
untuk kedunia yang baru --  lebih suci.


biar derai-derai yang berterbangan
dibawa angin pergi
jauh-jauh dari ku.


dan untuk kumpul kekuatan itu
tak perlu menunggu
cuma perlu yakin


aku pasti akan dapat apa yang aku mahu!

Jalan cerita kita

lihat aku dengan pandang kosong.
kau takkan nampak apa-apa.


cuba lihat aku dengan satu pandangan yang bukan kebiasaan
pada pandangan diluar jangkauan
pada imaginasi yang tak kan kau terlupakan;


kau akan lihat sebenarnya aku
kau akan nampak apa yang perlu
dan seperti lakonan yang wajib dipentas dunia,
mainkan peranan yang sepatutnya


peri kan apa yang perlu
semaikan semua yang kau tahu.


dan disini sebenarnya kita telah hilang sesuatu yang paling mahal dalam diri kita
komunikasi bersama yang jarang kita bina
yang semakin lama semakin pudar rasa
yang semakin lama semakin hanyut dari jiwa


dan diantara kita siapa yang patut dipersalahkan?










kita.

January 8, 2012

Entah

Entah.

aku pun tak pasti apa yang bakal aku coret malam ni. sungguh. rasa kosong sedikit. masih ada lohong dihati yang menanti untuk dipenuhi. atau mungkin aku saja yang terikut dengan perasaan?

Entah.

mungkin hasil ini datang dari kerinduan. mungkin?

masih lagi jawapnya - Entah

:)

November 10, 2011

kisah nya,

sakit dia macam kena hiris sembilu - kata sorang kawan.

November 1, 2011

Bintang dewi



dipetik bintang-bintang -- jauh,
dirantai satu-satu
menjadi kalung yang cemerlang
hadiah istimewa untuk sang dewa terutama ;


yang dulunya lelaki yang diam dirinya
yang teguh hatinya
yang suci jiwanya --


dan kalung bintang yang cemerlang
di kalung pada leher sang dewa terutama
tanda cinta setia


biar dia tidak tahu hidup dewi tak lama
dewi tetap akan setia
kasih tak kan terkubur sampai bila-bila.

October 23, 2011

367

satu ayat yang dilafaz punya tuju maksud tentu
sekali terlafaz pasti seluruh alam kan beku.


yang punya maksudnya syahdu
meracau hati marhaen tersendu; malu.


dan jika rahsia nya terungkap kan biar mereka tahu ;
nescaya kan terus mereka diam





dan
bisu.



September 26, 2011

because i miss you

lembut-lembut puput bayu
mengasyik hati dingin
berembus malam syahdu

lembut-lembut dipayat sayu
terbisik-bisik aku,

madah rindu.

September 18, 2011

manis

aduh, manis. bila didekat hati dengan Tuhan yang Tak Pernah Leka dan Alpa. manis bila yang mendekatkan kita hanya Tuhan; semata-mata. yang boleh buat kita percaya hanya Dia. aduh, manis.

membanting tulang kita, tak merapuh, tak melepuh pun kulit, sikit pun tak melecur biar ada yang cuba-cuba memercik bunga-bunga api ragu, biar ada yang cuba mencucuh bara-bara sangsi; eh, tak goyah sikit pun pendirian yang dah aku pasak kuat ni.

dan semakin hari jalan yang dilalui semakin berwarna-warni biar kadang ada yang dah layu, ada yang dah pun kering dimamah hari dan biar kadang terlalu tinggi gunungharap yang dah aku daki dengan mimpi, dan terlalu jauh sebenarnya impian untuk kita kecapi; tapi aku tak peduli dan masih terus-terus aku pinta-pinta pada Tuhan Hakiki, muga kau yang terbaik yang takkan pernah berganti.

dah ku pintal-pintal benang harap; dah ku sulam-sulam dengan halus-halus usaha; dah cuba ku ikat-ikat dengan redha Dia, muga yang ku pintal, yang ku sulam, yang ku ikat, kan kuat lagi erat seiring dengan cinta, kasih dan sayang yang tak putus-putus kita alir sama, yang tak kan putus kita janji setia.

mungkin ternampak ku -- seakan tenggelam dengan mainan cinta pada nampak orang ; sementara, benar. takkan aku biar kita terbang dengan angan-angan, takkan aku biar kita terapung tergawangan tapi sebenarnya - ko.song. 

kita, sama-sama kita. faham dengan apa hendak kita, apa impi dan mimpi kita, apa benar rasa kita. kita kan usaha. andai jatuh takdir tulisNya -ber.ja.ya. ku panjat tinggi-tinggi syukur pada Dia. andai ditakdir terpisah kita, ku sujud penuh luhur minta belas yang Esa, dikurnia yang terbaik untuk kau; setelah ditunjukjelas bukan aku yang baik ditakdir Dia.

dan untuk ini, untuk kau si lelaki, yang tak pernah lumpuh menahan hati, yang tak pernah seinci lari dari sisi, yang dikurnia --satu hati, 

percaya pada aku dengan izin Ilahi,

akan aku jadi suri penawar hati mu yang sejati.

September 6, 2011

Kiblat.

Bila dah tersalah langkah
mula aku tergagau mencari arah
mana betul jalan pulang
yang pasti sinar dah samar-samar menghilang
buat aku makin kusut
kusut dan bingung


buat makin kuat hati meronta tertanya
mana benar jalan yang patut aku dului
mana patut jalan yang aku tinggali


yang pasti kini buntu


langkah hati tak seiring bisik nurani
hati langsung tak membenarkan siapa-siapa hilang dan pergi
tapi nafsu dirasuki syaitan pada lemah insani
menghempuk ganas jasad jiwa kurang ampuh


dan kini
yang nyata benar nampak nyatanya salah
dah aku bertasbih sendiri mengulit diri menginsafi
cuma masih lagi bodoh dan buntu
kiblat mana harus aku hadap diri ini.

September 4, 2011

343

Jaga-jaga panah Geruda. Kalau ada luka disini ada ubatnya. Raja kami lah yang jaga kami nanti. Raja kami kelak pasti akan kembali! 

-Embok, Merong Mahawangsa.

August 19, 2011

333

love is like hide and go seek, you have to find lots of different people, but none of them mean as much as the first and the last.'


332


biar bulan dalam genggaman kita
biar bersatu jiwa dan raga
takkan terpisah kita

biar dicampak jauh ke hujung dunia
biar dibaling terus ke neraka
kita masih bersama

*konon-konon je aku ni. hahaha*

331

saat hiba terluahkan
tak seorang aku lihat dalam samar
mendekat, menghulur tangan
menyapu kesat air mata tangis mengalir


cuma yang aku nampak
berbalam-balam mereka menjauh
seakan buta tuli
tak ternampakkan


seorang tua menagih ihsan
kasih dan cinta dari insan
mencari sesuap nasi kala tubuh calar berkesan
ditinggal jauh kenangan
dipanggil dekat dek batu nisan.



August 16, 2011

325


life is beautiful.
see from my perspective only then you'll get the reason why am I relating this picture with life.

:)

August 15, 2011

322

Usolli sunnata tarawikh rak'ataini lillahita'ala
sahaja aku solat sunat tarawikh dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Allahuakbar

"benar, kerana Allah Ta'ala"

*sayu*

August 13, 2011

Cerita orang kampung


Ha, kan dah ku kabar
Dia ada hati pada mu
Dah dia letak satu harap pada hati
Memiliki mu walau tahu hati kau pada a ku.

Dah mari duduk semeja
Kita bincang hal kita
Jangan lupa ajak dia
Kita tanya dia seikhlasnya
Jujur apa yang dia rasa pada kau
Sepanjang aku tiada

Tapi sekilas melihat perwatakannya
Dari apa yang dibaca
Dah ternyata kau buah hatinya
Biar dia diam beribu bahasa
Sebagai perempuan, aku lebih faham hati perempuannya

Dah aku sedia menerima
Kehilangan mu buat terakhir kali
Yg dah ditulis pada takdir
Biar sealam menulang belakangku
Andai kau bukan takdir ku
Takkan pernah kita dapat bersatu.

*tajuk takde kena mengena langsung*

August 12, 2011

317

ah, persetankan kata orang. yang penting aku bahagia.

August 11, 2011

jujur lah pada ku. lalalalaa

aku jujur bila aku nyatakan perasaan aku. jarang bermuka-muka. biar sakit hakikat kebenaran, tapi diakhir hari, itu yang terpaling manis pernah kan terjadi.

315

hari ni aku online fb, di news feed aku penuh sama carutan dan juga kata-kata makian. waduh, mana hilangnya manis Ramadhan ini sahabat? aku takde lah nak bagi syarahan, sbg manusia biasa aku pun terluah juga maki-makian ni. tapiiiiiiii, jangan lah ketara nampaknya di fb lagi. TERANG. bersuluh hilang rasa hormat kita pada Ramadhan mulia ini.

mahukah kita menjadi orang yang gagal kerana tidak mendapat walau sedikit pun manafaat dari Ramadhan mulia ini?

*renung-renungkan dan selamat beramal! :)*

p/s : iman tak cukup lagi nak tampung kifarah Allah ni. hm?