Showing posts with label cakap. Show all posts
Showing posts with label cakap. Show all posts

January 11, 2012

Sempurna

bila bicara tentang sempurna, secara klisenya "sempurna" pada kita ialah dengan "mahu" manusia depan mata kita menjadi secara total mengikut kehendak kita. faham?

bukan menjadi sempurna secara total mengikut apa yang dah Tuhan gariskan. tetapi mengikut selera kita. kenapa?

kerna manusia tak pernah puas dengan apa-apa yang dah ada didepan mata. kerna manusia itu dirasakan "sempurna" oleh kebanyakkan nya. hm. dan lebih menyedihkan apabila dia membuat acuan sempurna mengikut piawaian yang entah apa-apa dan membawa kepada keputusan pada kategori - sampah.

dan si pengikut acuan sempurna samada ikhlas atau tidak; buta-buta dijadikan sampah oleh pandangan mereka-mereka yang tidak faham konteks sempurna pada mata manusia lain.

dan,

kau sempurna?


September 8, 2011

351

tak melepuh lah, kebal ini tubuh
tak tercuit lah, kental ini jiwa.
nak kata apa?
aku percaya pada apa yang aku percaya
tak tergoyah walau nampak mudah,
tak kan rapuh walau kau tuduh dia selingkuh


yang penting,
aku percaya pada apa ada nya,
aku percaya cerita yang Tuhan kasi aku rasa.



August 26, 2011

342


menyampah-nyumpah; sundal. dibaling-baling; sial. tak terseru kelamin batin; terbiar. berserakan berterbangan; entah ajal.

August 19, 2011

Nadia Ismail

tiba-tiba aku sayu tengok roomate aku yang nama nadia ni tidur. nama dia nadia juga. nama adik bawah dia pun nabila. sama dengan nama adik aku. what a coincident :) hum. okay meh nak cite kenapa sayu. dia jenis yang petah bercakap tau. ada je cerita nak kongsi dengan aku. aku pun sebenarnya macam tu cuma aku lebih suka mendengar dan beri respon. alkisahnya yang membuatkan aku sayu tu bukan apa, setiap kali dia bercerita waktu yang sama aku tengah buat benda lain kan, mesti aku tak leh nak kasi respon yang memuaskan hati dia. kesian dia. ada macam dia bercakap sorang pun iye gak HAHAHA

mana taknya kenkadang tu aku tengah baca/main komen-komen dekat Fb lepastu dalam masa yang sama dia bercerita so aku kalau membaca/buat kerja memang fokus habis *kadang-kadang je* hehe tapi bukan aku tak layan dia terus cuma lambat sikit lah bagi respon HAHA kesian dia.

ni tadi tetiba lepas dia dah diam and tidur aku plak start rasa sayu. yelah, aku tak layan dia cakap tadi. HUHU cowey ayang, itew tak cengajew hehehehehehe

okay dah, habis! ;)

August 11, 2011

jujur lah pada ku. lalalalaa

aku jujur bila aku nyatakan perasaan aku. jarang bermuka-muka. biar sakit hakikat kebenaran, tapi diakhir hari, itu yang terpaling manis pernah kan terjadi.

August 9, 2011

311

dalam 9 hari berpuasa, baru satu hari SAHAJA aku makan lauk IKAN. :O

#bajetinitwitter

Luka

sesungguhnya luka yang nipis dan halus itu
bisanya lebih perit dan memedihkan!

August 7, 2011

306

tak pernah terjangka akal fikir
kan kita bersatu kembali selepas masing-masing derita
aku derita kerna dia
dan kau derita kerna aku yang nista

kejam aku pada kau bisanya melumpuh seluruh saraf
yang aku menghentakhempas kejam meluruh lerai hingga kau tak bernafas
tapi masih

kau dibelakang ku
menghulu semua tulang yang membantu aku
kau menggerak aku dalam diamnya engkau
kau memimpin aku dalam deru nafasnya engkau
kau mendiam aku dalam setiap tangis kusut ku

dikutip aku bila dah terbuang dek si bangsat
yang rapuh cinta nya pada aku
yang manisnya pada janji
yang pahitnya pada memori

tak pernah dilintas hati membuang aku
dah kau kutip aku
dah kau buka pintu hati mu
terima aku walau dah berkecai barai hati mu aku robek

kau masih terima aku
dengan cinta tulus satu tak punya pisah temu.

August 5, 2011

303

kenapa ya setiap kali tengok kau, aku mesti rasa sayu, rasa sedih? entah apa perasaan yang sebenarnya bersarang dalam hati ni. Allah je Maha Tahu. perasaan ni tak dibuat-buat. ada satu rasa yang jadikan aku macam ni. sebenarnya aku bersyukur sangat dilahirkan di bumi Allah ni. berkenalan dengan ramai orang, bermacam-macam gaya, bermacam-macam jenis, buat aku sentiasa bersyukur dengan apa yang dah dikurniakan Allah walaupun adakala khilafnya aku membeza-bezakan kurniaan Allah pada orang lain dan pada aku seakan kufur aku pada nikmat dan telah aku juga kufur pada hakikat. Astaghfirullah.


aku, bukan lah seorang yang alim pun. dasarnya, aku seorang perempuan yang kasar. dilahirkan dengan latar belakang begini cukup untuk menjadikan aku sedikit kasar dari perempuan lainnya. tapi aku suka berkawan. kerana dari kehidupan seseorang itu aku jadikan pengajaran peribadi untuk aku melangkah melalui liku hidup.


berbalik pada "kau". terima kasih kerana sudi jadi kawan kepada aku yang serba kekurangan ni.

August 4, 2011

persoalan pada jawapan

kadang-kadang satu soalan tak perlukan banyak ayat untuk menjawab. cukup dengan kejujuran.

August 3, 2011

Cerita Pagi Hari

6.50 pagi aku terjaga, rasanya dah cukup terlewat waktu ini untuk aku solat Subuh. nasib Nadia roomate aku kejut, kalau tak, memang terbabas alakabas jawab nya. Mandi di dalam bilik air yang suram-suram cahyanya memang satu nikmat buat aku. Entah kenapa, suasana suram tu lebih menenangkan. Okay habis cerita mandi nanti orang bayang yang bukan-buka. *HAHA*

7.10 pagi aku siap masuk bilik dan iron baju kurung yang nak pakai. Solat jap.

7.42 pagi, ya, disinilah dimana kejadian itu berlaku. Di masa ini lah. Sebaik sahaja aku menutup loker selepas mempersiapkan diri sekemasnya dan selepas pakai tudung segala bagai, dan selepas terasa agak lambat dah ni, selepas mengambil kira tambah dan tolak masa yang diambil oleh aku yang berjalan pada kadar kelajuan sederhana ini untuk sampai ke kelas *okay banyak sangat, dah bosan baca* 

*pip pip* - bunyi message.

From Umi Sayang : Today no English class at 8 am. Please inform your friends. See you next week. Tq.

PERGH. TERBAIK. forwarded message from Umi ni buat aku terduduk dan gelak-gelak dalam perasaan yang entah-entah-entaahhhh!!

cerita dah habis, okbai!

August 2, 2011

295

sekarang ni aku mudah jadi keliru. mudah buntu. sepertinya aku tercari-cari lagi arah lalu hidup. bukan ku kata apa yang ditentu sekarang itu tidak ku syukuri cumanya semakin banyak pilihan yang datang membuat aku terpaksa berfikir apa yang perlu dan sebaiknya. tetapi untuk menentukan semuanya, ku serah jiwa raga pada Ilahi.

keputusan dibuat sebaiknya dari kata putus Tuhan pada ku.

July 30, 2011

286

aku diberi task oleh Muhd Asyraf untuk membuat sebuah cerpen dan menge-post nya di blog beliau. arakian pun begitu, gua takde lah post nya lagi kerana kesempitan idea dan ruang untuk berfikir. tambahan pula tahap segan yang melampau, maka terpaksa gua mengambil masa untuk mencari dan memerah idea-idea bernas. persoalan disini, mengapa segan? mengapa yaaa. hum kerana tiadalah bakat tuan hamba kepada bahagian menulis cerpen itu *tiba-tiba tuan hamba daaa* 

okay kurang kan repekan itu nadia pergi buka puasa cepat. okay lah sabai-sabai.

#sabai-sabai itu bye-bye ;)

July 29, 2011

si bodoh

yang si bodoh tu, mendedah habis segala yang dia ada.
memang sedap aku santap!

hahaha

July 28, 2011

curi curi yang dicuri

ibarat penembak curi.
tepat.
dan tajam.

andai tersasar,
punah.

July 26, 2011

lain nya?

dah sorang yang lalu
hanya dia lah rasa
yang lain,
nak kata apa?

blahblah

kalau terasa, diam jelah kan? nak buat apa lagi

July 22, 2011

264

diluah mati emak, ditelan mati bapak. 

2 6 1

dua belas. zon senyap.

aku?

layan Kak Pah, Fatwa Pujangga.

har har


memang syahdu

shial lah! puih! ahahaha

July 18, 2011

pada dunia

nak tulis puisi cinta
tapi tak bercinta
nak tulis puisi dusta
tak pernah medusta.

eh, iye ke?
(HAHA)

aku perempuan yang tak tentu hatinya
yang perempuan lain tak tersama dengan ku
bukan aku jauh baiknya
tapi banyak aku kurang nya

dari perempuan yang lain-lain serba sempurna.

bukan dengki-dengki
langsung tak terfikiri terlintas dihati
cuma perempuan ini lain fikir dimensinya
lain ruang hidupnya
lain kotak diaminya

bersendiri-sendiri.

eh, tak sepi lah.
cuma kadang-kadang kalah dengan helah
pada dunia yang memang aku dah lelah

ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

berbalah-balah!

dah lah aku tak kisah!!