Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

January 15, 2012

Bahagia

kebahagiaan yang datang,
bukan dari apa yang kau usahakan,
tapi dari apa yang dah kau bagi.

bukan saja pada diri sendiri
tetapi juga pada yang disekeliling

:)


December 5, 2011

Hitam

didalam hati nya punya sakit yang terpendam.
yang dia simpan sampai dendam.
yang hanya tunggu untuk menerkam.
melampias nafsu; hitam.


December 2, 2011

Tinta buat Isteriku

“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.”



- Zahiril Adzim

November 18, 2011

Tak bertemu kita dialam ini, ku tunggumasih di alam satu lagi.

Mari aku lagu kan syahdu ini, tangis yang aku iringkan pada pemergian yg takkan berganti, tangis syahdu yg lama aku pendam kini dah tak terbendung lagi. 

Mari aku tarikan rentak sayu ini, mengikut lagu syahdu yg berkurun berdendang dihati, tak terluah aku -- hanya meruntun didalam diri. Perlahan memakan jiwa yang sering sepi. 

Mari aku syairkan puisi ini, remuk seluruh hati melihat si isteri menahan tangis, menyedap hati mengata suami nya sedang tidur lagi, tabah hati isteri berpisah mati dengan suami, ibarat ditarik jiwa dari jiwa, pergi suami dgn tenang smbil pesan -- 

kita jumpa lagi disyurga nanti. Kau aku redhai, isteriku didunia dan akhirat - cinta yang takkan terpadam, infiniti.

October 5, 2011

Dalam tangan Tuhan

dalam tangan Tuhan, ada sesuatu yang mulia yang tak ketahuan. yang kita manusia biasa takkan terjangkaukan. yang betul indah dah Dia susunkan. tak usah membanding dengan apa yang dia lebih dan kau kurang kerana pasti Tuhan dah sedia yang baik-baik untuk kita.

sepertinya hidup, di tiap-tiap garis masa yang kita bakal lalui dah tersedia di setiapnya ujian-ujian yang Tuhan pasti kita boleh lalui nya. jangan bersedih dengan yang bukan milik kita pada titik kemahuan memilikinya sebab yang indah nya Tuhan kerna Dia sebenar-benarnya telah sediakan yang lebih baik dari apa yang kita pinta.

dan semua rahsia aib kita, dunia kita, hidup dan mati kita, semuanya ada dalam tangan Tuhan.

September 30, 2011

365



walau semua bukan terfitrah di indera kita,

aku pasti, kau tetap rasa.



September 27, 2011

363

bermuram durja seluruh rakyat jelata. menghitung-hitung hari berangkatnya permata jiwa. biar dia raja yang diangkat tinggi darjatnya. tak malu dia menyujud syukur menghampar kasih pada yang Esa, syukur dia punya rakyat yang dekat dan lebih rapat di belah kanan nya. punya benci yang membina pula di belah kirinya. biar tak sempurna mana, dia tetap bahagia pada istana yang tak indah dengan intan permata, tapi cukup bahagia dan indah dengan cinta-pada-apa-adanya. 


kak, cinta kasih sayang ini, sempurna untuk akak. bukan memuja-muja. tapi ini kasih dan sayang yang kita sama-sama rasa. akak, kita dan mereka. akak kat sana jangan risau hidup susah atau tak bahagia, kita jamin benda-benda tu sekadar bagi akak sedikit kekuatan. dan jangan lupa. semangat akak, ada bersama kami, keluarga terbesar akak, didunia dan akhirat, takkan lupa mendoakan sejahtera akak dan keluarga. semoga berjaya akak di Russia. sayang peluk cium, 

harap cinta kami, akak rasa sampai syurga,


Nadia.

September 19, 2011

Cinta.

hijau masih mentah. bila bermasalah, adat untuk melatah. ada kala langkah ini tersadung; tersungkur. tapi masih adat. ditikam kejam, dirobek; masih lagi tradisi KEKAL dalam hidup. kecewa, merana; masih lagi satu tradisi yang tak lengkap kalau tak ditangisi.

cuma nya perlu hadap dengan kuat. itu guna menyembah Tuhan yg Esa. bila ibadah, itu cara kita kongsi rahsia; bersama Dia. yang sucinya --bila yang kita kongsi, kan kekal sampai bila-bila. tak lahir dek mata kasar; tangis sedu sedan kita Dia je yang rasa, Dia je yang rela bersama. sebab itu jangan lupa Dia bila-bila masa. sebab itu cinta pertama kita hanya Dia, sebab itu jangan dilebihkan cinta selain Dia. ye, segalanya Dia; yang cantik, yang terindah; Maha Istimewa - Dia.

dan manusia - insan punya sekeping hati, kudrat yang lemah; terbatas seluruhnya, pesan aku - yang juga insan; jangan mudah mengalah bilamana ujian menghampiri, mengulit diri. sebab itu hanya satu stage untuk kita lebih disayangi. iya, disayangi Dia. jangan mudah rapuh apa yang dah agama kita ajar untuk iman dan percaya, kesudahan pada ujian hanya bahagia. yang lambat dan cepatnya kekal menjadi rahsia Yang Esa, yang baik nya tentu lah untuk kita. sabar - itu terutama. dan menjadi insan cemerlang pada diri insan itu sendiri ialah dengan mencari-gali lubang-lubang silap sendiri. semoga diperbetulkan dan istiqamah dengan redha hakiki.

cinta Dia terbit sejak azali. setiap ujian Nya bukan bermaksud menzalimi.

September 18, 2011

manis

aduh, manis. bila didekat hati dengan Tuhan yang Tak Pernah Leka dan Alpa. manis bila yang mendekatkan kita hanya Tuhan; semata-mata. yang boleh buat kita percaya hanya Dia. aduh, manis.

membanting tulang kita, tak merapuh, tak melepuh pun kulit, sikit pun tak melecur biar ada yang cuba-cuba memercik bunga-bunga api ragu, biar ada yang cuba mencucuh bara-bara sangsi; eh, tak goyah sikit pun pendirian yang dah aku pasak kuat ni.

dan semakin hari jalan yang dilalui semakin berwarna-warni biar kadang ada yang dah layu, ada yang dah pun kering dimamah hari dan biar kadang terlalu tinggi gunungharap yang dah aku daki dengan mimpi, dan terlalu jauh sebenarnya impian untuk kita kecapi; tapi aku tak peduli dan masih terus-terus aku pinta-pinta pada Tuhan Hakiki, muga kau yang terbaik yang takkan pernah berganti.

dah ku pintal-pintal benang harap; dah ku sulam-sulam dengan halus-halus usaha; dah cuba ku ikat-ikat dengan redha Dia, muga yang ku pintal, yang ku sulam, yang ku ikat, kan kuat lagi erat seiring dengan cinta, kasih dan sayang yang tak putus-putus kita alir sama, yang tak kan putus kita janji setia.

mungkin ternampak ku -- seakan tenggelam dengan mainan cinta pada nampak orang ; sementara, benar. takkan aku biar kita terbang dengan angan-angan, takkan aku biar kita terapung tergawangan tapi sebenarnya - ko.song. 

kita, sama-sama kita. faham dengan apa hendak kita, apa impi dan mimpi kita, apa benar rasa kita. kita kan usaha. andai jatuh takdir tulisNya -ber.ja.ya. ku panjat tinggi-tinggi syukur pada Dia. andai ditakdir terpisah kita, ku sujud penuh luhur minta belas yang Esa, dikurnia yang terbaik untuk kau; setelah ditunjukjelas bukan aku yang baik ditakdir Dia.

dan untuk ini, untuk kau si lelaki, yang tak pernah lumpuh menahan hati, yang tak pernah seinci lari dari sisi, yang dikurnia --satu hati, 

percaya pada aku dengan izin Ilahi,

akan aku jadi suri penawar hati mu yang sejati.

September 8, 2011

351

tak melepuh lah, kebal ini tubuh
tak tercuit lah, kental ini jiwa.
nak kata apa?
aku percaya pada apa yang aku percaya
tak tergoyah walau nampak mudah,
tak kan rapuh walau kau tuduh dia selingkuh


yang penting,
aku percaya pada apa ada nya,
aku percaya cerita yang Tuhan kasi aku rasa.



September 5, 2011

345






Dan dia hanya akan berbalik kembali kepada yang satu itu.

August 23, 2011

338

berlari kesana kemari mencari tempat bersembunyi 
sakit rasanya hati ditipu hidup-mati
oleh insan yang dipercayai,
merobek hati 

kasih pada tak sudi
buat aku ingin lagi berlari
bukan mengejari
tetapi sungguh sakit ni dah tak tertahan lagi
melingkup aku sepi mencari ruang sembunyi
dah tak tertanggung sarat hati

mana mungkin aku tampung sendiri
terus lagi aku mencari
berlari mahu bersembunyi
bukan berpaling dari masalah menjadi tak berani

cuma mencari ruang
merawat hati.

337


dah betul teganya kau meninggal cinta?
saat tertinggi tempat mu aku letakkan
kini mudah saja kau cabut yang dah dipasungmati,
tegar saja kau menyepak hati
bagai tiada aku maruah diri
seperti mahu kau aku ini terus lenyap dari bumi!

mengapa tak kau hancurlumat saja hati yang kau pegang itu?
biar dibaling terus mengalir darah segar

biar puas!
biar tak pernah lagi tersisa kebas!

jiwa kosong tak punya maksud
hilang lari aku entah mana arah pergi
sendiri aku tiada arah lagi!

hancur!
semuanya berderai debu hancur bertebar impian 
yang dulu kau tinggi-tinggikan
kononnya itu punya kau doa dan harapan!

lihat saja apa yang dah kau lakukan
terus --
tinggalkan aku kesepian,

menanggung aku rindu beban,
melorong aku mencari teduhan,

dimana boleh aku menumpangteduh kasih insan.

:(


336



dia ibarat di dimensinya sendiri
melihat kupu-kupu menari senang, asyik sekali!


kupu-kupu manja, terbang liar,
rapi dia perhati
masih dibawah jagaan nya
masih dibawah lihat nya.


kupu-kupu cantik, mencair hati-hati memandang
terus senang menari sendiri
mengepak sayap terbang ke sana-ke mari
meliar hinggap di dahan-dahan yang sepi


dia masih di dimensi sendiri,
setia menunggu kepulangan kupu-kupu idaman hati
yang tahunya takkan jauh pergi
diakhir hari,
pasti kembali.


*mari ku bisik,
**kupu-kupu itu milik dia yang hakiki**

August 21, 2011

334


jangan melampias rasa marah pada sesuatu yang tak bisa kau miliki,
jangan bersedih hati pada sesuatu yang menyakiti,
letakkan rasa cinta seluruhnya pada yang membangsat, memukul jasad, merentap kasar roh insani,
kerna cinta yang kau bagi,
kan dibalas cinta dari Ilahi.