August 23, 2011

337


dah betul teganya kau meninggal cinta?
saat tertinggi tempat mu aku letakkan
kini mudah saja kau cabut yang dah dipasungmati,
tegar saja kau menyepak hati
bagai tiada aku maruah diri
seperti mahu kau aku ini terus lenyap dari bumi!

mengapa tak kau hancurlumat saja hati yang kau pegang itu?
biar dibaling terus mengalir darah segar

biar puas!
biar tak pernah lagi tersisa kebas!

jiwa kosong tak punya maksud
hilang lari aku entah mana arah pergi
sendiri aku tiada arah lagi!

hancur!
semuanya berderai debu hancur bertebar impian 
yang dulu kau tinggi-tinggikan
kononnya itu punya kau doa dan harapan!

lihat saja apa yang dah kau lakukan
terus --
tinggalkan aku kesepian,

menanggung aku rindu beban,
melorong aku mencari teduhan,

dimana boleh aku menumpangteduh kasih insan.

:(


2 comments:

monologtinism said...

kasih insan takkan ada yang kekal
tak sepanjang masa ianya seperti asal.
kelak pasti berubah

tapi untuk kasih Tuhan, tak akan sesekali kau dilabel menumpang

intan.maisarah said...

jika mahu menumpang kasih insan
saya ada disini
untuk memberikan kasih insan

bak kata monologtinism
lebih eloklah kita menumpang kasih ilahi