August 7, 2011

306

tak pernah terjangka akal fikir
kan kita bersatu kembali selepas masing-masing derita
aku derita kerna dia
dan kau derita kerna aku yang nista

kejam aku pada kau bisanya melumpuh seluruh saraf
yang aku menghentakhempas kejam meluruh lerai hingga kau tak bernafas
tapi masih

kau dibelakang ku
menghulu semua tulang yang membantu aku
kau menggerak aku dalam diamnya engkau
kau memimpin aku dalam deru nafasnya engkau
kau mendiam aku dalam setiap tangis kusut ku

dikutip aku bila dah terbuang dek si bangsat
yang rapuh cinta nya pada aku
yang manisnya pada janji
yang pahitnya pada memori

tak pernah dilintas hati membuang aku
dah kau kutip aku
dah kau buka pintu hati mu
terima aku walau dah berkecai barai hati mu aku robek

kau masih terima aku
dengan cinta tulus satu tak punya pisah temu.

No comments: