aaaaaaaa. gila lost aku few days nie. ye la mana taknya baru bersemangat nak start sem baru, ada je cerita tak enak yang aku dengar. and the latest was about my fucking _____ with _____. tahu-tahu dah tersebar ke seluruh pelusuk poli *tipu - tak seluruh pun* and aku tak tahu siapa je tahu pasal ni and it supposed to be something secret, faham tak?
macam tu, buat penat jelah aku diam diri rupa-rupanya dah ada orang tikam belakang aku siap-siap.
*cinabeng*
sedih weh, sape tak sedih. tapi aku tak tuduh sesape lah. sesape yang bawak mulut tu kan, aku harap Allah ampunkan lah dosa-dosa korang. aku cakap ALLAH tau, bukan aku :) aku dah letih nak maafkan orang. so, aku letak lah kemaafan tu pada Allah, biar Allah tentukan segalanya.
cuma, beringatlah pada sesape yang secara sengaja atau tak sengaja duk bawak cerita pasal aku tu. hidup umpama roda, ada kala kita kat atas, ada kala kita bawah.
IT IS FAIR ENOUGH.
aku tahu aku pun punya dosa cumanya kepada si penyebar cerita, kebanyakkan kawan-kawan yang tahu pasal kisah yg disebarkan, tak tahu betapa peritnya pengalaman yang aku lalui. korang tak tahu apa yang aku rasa dan korang takkan faham pe yg aku alami.
sebab korang bukan aku.
cuma kat sini aku sikit kesal, macam mana cerita ni boleh tersebar ke mulut-mulut puaka yang tak sepatutnya. lepastu siap de orang tu tokok tambah cerita lah pula. aih.
kalau lah korang tahu kisah sebenar, kan best :) tapi takpe, mulut manusia kan? mana boleh nak ditutup. sabar je lah nurul. aku doakan mulut-mulut tu dimaafkan Allah walau orang-orang tu tak meminta maaf :)
sebab Allah tahu cerita sebenar, kan? hih hih
kuatkanlah semangat ku ya Allah, ini semua pengajaran buat ku. insyaallah akan aku ambil iktibar dari apa yang terjadi. aku manusia biasa yang lemah, mudah jatuh, tapi Alhamdulillah, dengan semua yang jadi ni, aku rasa sedikit sebanyak menambah kekuatan aku untuk meneruskan hidup.
bukan hiduplah kalau takde ujian kan?
sejujurnya kekecewaan ni tak dapat ditampung cuma aku dah tak mahu mengheret supaya menjadi lebih panjang.
aku redha dengan apa yang jadi.
dan aku harap sungguh-sungguh Allah ampunkan dosa orang-orang ini, dan bukalah pintu hati mereka untuk berubah :)
terima kasih pada yang betul-betul true menjadi tulang belikat aku. sumpah, hanya Allah yang Maha Berkuasa yang boleh balas semua jasa baik kalian. Sumpah, tak terdaya aku nak balas satu-satu kebaikan yang kalian pernah tabur pada aku.
hanya doa yang tak putus-putus mengulit kehidupan kalian yang boleh aku utuskan tanpa penat kepada Allah S.W.T.
dengan ini, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim,
aku lepaskan beban yang bersarang dibenak aku, aku tinggalkan jauh kata-kata yang menyakiti aku, aku kuatkan diri aku untuk menepuh alam baru. aku pasti, ada hikmah yang bersembunyi :) ini semua ujian dari yang Sakti, mahu aku terus kuat menerokai, mahu aku terus kuat menjadi insani.
Alhamdulillah
heh, heh :P
No comments:
Post a Comment