July 5, 2011

223

Semua yang jadi ni ada hikmahnya. Sabar. Itu yang terutama.

Tuhan, Kau datangkan ujian bertimpa-timpa.

Aku tahu bukan sebab benci tetapi kerana kasih Kau mendahului, ini ujian untuk persediaan hari esok, kan?

Bila terfikirkan kasih sayang Kau, aku jadi kuat ya Allah. Aku rasa betul-betul bersyukur dengan kesakitan yg aku alami ni.

Biar punya detik yang aku berkira-kira apa punya hikmah yang bakal jelang sehabisnya ujian ini?

Biar punya detik aku menitiskan air mata sendiri,

tetapi bila fikir nikmat-nikmat yang pernah aku perolehi,

aku rasa bangga diuji sebegini,

dan aku panjat syukur pada Ilahi,

ditemukan teman jahat seperti dia yang bertopengkan suci,

sekurang-kurangnya minta sedikit belas pada Tuhan,

jangan si lahanat sakiti teman ku yang lain,

seperti pernah dia khianati dulu persahabatan kami.

Subhanallah.

No comments: