Showing posts with label Mobile. Show all posts
Showing posts with label Mobile. Show all posts

July 30, 2011

285

Simpankan semua madu di balik hijabmu, biar yang ternampakkan hanya cinta pada Allah semata, bukan lebih banyak kepada dunia yang telah nyata sementaranya. Rebut peluang yang ada, dihidang bentang didepan mata. Berlumba kita mencari rahmat seribu bulan didalamnya Ramadhan punyai sifat sempurna yang mulia.

July 5, 2011

223

Semua yang jadi ni ada hikmahnya. Sabar. Itu yang terutama.

Tuhan, Kau datangkan ujian bertimpa-timpa.

Aku tahu bukan sebab benci tetapi kerana kasih Kau mendahului, ini ujian untuk persediaan hari esok, kan?

Bila terfikirkan kasih sayang Kau, aku jadi kuat ya Allah. Aku rasa betul-betul bersyukur dengan kesakitan yg aku alami ni.

Biar punya detik yang aku berkira-kira apa punya hikmah yang bakal jelang sehabisnya ujian ini?

Biar punya detik aku menitiskan air mata sendiri,

tetapi bila fikir nikmat-nikmat yang pernah aku perolehi,

aku rasa bangga diuji sebegini,

dan aku panjat syukur pada Ilahi,

ditemukan teman jahat seperti dia yang bertopengkan suci,

sekurang-kurangnya minta sedikit belas pada Tuhan,

jangan si lahanat sakiti teman ku yang lain,

seperti pernah dia khianati dulu persahabatan kami.

Subhanallah.