August 11, 2011

314

sambil buat assignment, sambil tu dengar lagu raya di youtube. melayang jauh fikiran aku pada perangkaan raya tahun ini. pasti, raya tahun ini takkan meriah sama seperti tahun-tahun sebelumnya. entah kenapa hilangnya manis raya itu kebelakangan ini. tahun ini memang aku pasti 100% raya nda akan meriah. how i wish Ibu will get well very soon. how i wish i could have car so that we don't have to tumpang other peoples car. how i wish i could have my mom and father back together like other family do. ada adik beradik, ada ibu ayah, nyanyi-nyanyi balik kampung, ada saudara-mara yang ramai, happy-happy kemas rumah, boleh duduk satu family together.

weh serious aku nak macam tu!! :'( *lemah*

bukan aku tak bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang tetapi aku mahu ada Ibu dan Ayah bersama, macam orang lain. raya sama-sama. salam, minta ampun, cium tangan. Ya Allah, betapa aku terlalu perlukan saat-saat begitu. pakai baju sedondon, bergurau senda. ya Allah T_T

dengan keadaan Ibu yang tak mengizinkan ni, dengan aku yang jauh dari Ibu, dengan pihak yang lagi satu ni, buat aku betul-betul perlu meneleku arus kuat dalam ujian-ujian ini. kredibiliti aku sebagai yang pertama betul-betul diuji. tapi ada masanya aku lemah. bila perasaan menginginkan seperti orang lain itu kuat memijak tangkai hati aku yang masih diseparuh lembut diseparuh kuat. 

betapa lambatnya masa berlalu. tetapi dalam pada itu tak putus-putus aku pinta Allah bantu untuk beri aku sikit kekuatan, biar sedikit tetapi cukup bermakna buat aku. aku percaya, ini semua ujian untuk menjadikan aku lebih kuat, aku percaya Allah sayang kan aku kerana itu Dia menurunkan ujian ini. 

satu, mungkin yang terakhir pintaku seandainya semua ibadah ku tak diterima Allah untuk membantu Ibu menjadi sihat, ingin sekali aku pinta pada Tuhan yang terCinta,

ambil lah nyawaku seluruhnya, dan ambil ia sebagai ganti kepada kesihatan Ibu. tolong aku, Tuhan. aku mahu Ibu ceria seperti dulu. :(

5 comments:

Pembunuh Tanpa Bayang said...

aku sentap.
sungguh menjadi yang pertama bukanlah mudah.dan aku adalah mangsa di kala ramadhan dan syawal tiba.banyak yang perlu di korbankan untuk kesayangan.sungguh pun ada kalanya aku rasa tidak kuat,tetapi aku hairan kerana masih tetap bertahan dengan situasi ini untuk bertahun lamanya..

Anonymous said...

sabar lah kawanku..
inilah dugaanNya..
tidak Dia lakukan semata untuk menyakitkan, tetapi pasti ada hikmahnya..
bersabar..
walau teman disini tidak tahu hati teman disana tanpa ayah ibu yang bersama tapi, teman dpt rasa semua itu dgn membayang..
alangkah teguh iman teman disana, jika berlaku pada teman disini, ya Allah tak dapat dibayangkan..
semoga Allah permudahkan segalanya.. amin :)
salam..

sahabat sebentarmu yang jauh..

Nadia said...

bila dah pertama, semua tggungjwb BESAR di pundak kita

ican said...

awak, kenapa dengan ibu awak? :(

Nadia said...

nak jumpa awk lah ican :(