kenapa ya setiap kali tengok kau, aku mesti rasa sayu, rasa sedih? entah apa perasaan yang sebenarnya bersarang dalam hati ni. Allah je Maha Tahu. perasaan ni tak dibuat-buat. ada satu rasa yang jadikan aku macam ni. sebenarnya aku bersyukur sangat dilahirkan di bumi Allah ni. berkenalan dengan ramai orang, bermacam-macam gaya, bermacam-macam jenis, buat aku sentiasa bersyukur dengan apa yang dah dikurniakan Allah walaupun adakala khilafnya aku membeza-bezakan kurniaan Allah pada orang lain dan pada aku seakan kufur aku pada nikmat dan telah aku juga kufur pada hakikat. Astaghfirullah.
aku, bukan lah seorang yang alim pun. dasarnya, aku seorang perempuan yang kasar. dilahirkan dengan latar belakang begini cukup untuk menjadikan aku sedikit kasar dari perempuan lainnya. tapi aku suka berkawan. kerana dari kehidupan seseorang itu aku jadikan pengajaran peribadi untuk aku melangkah melalui liku hidup.
berbalik pada "kau". terima kasih kerana sudi jadi kawan kepada aku yang serba kekurangan ni.
4 comments:
untuk rasa sedih atas kekurangan adalah wajar,tapi bila sedih diletakkan pada mereka yang lebih berasa kurang daripada kita itu patut diambil sebagai ilmu untuk terus hidup.
ilmu yang ajar kita yang lebih atau yang kurang tu datang dari Allah.kita tetap manusia yang setaraf.setaraf di sisi mata Allah.
let ALLAH gives His pleasure and bless with this friendship. -MHMA-
sama-sama
thanks anon. thanks a lot :)
MHMA : gerak ht awk hebat.
PTB : wee :)
Post a Comment