apa yang kau nampak tak semestinya betul dengan apa yang kau fikir. bila kau mempersoalkan tentang perubahan sikap seseorang pada contohnya seseorang berubah menjadi lebih baik dari yang sebelum ni, jangan terlalu pantas menjatuhkan hukum dengan mengatakan apa yang terlihatkan itu hipokrit.
perubahan yang pada dasarnya suci pada niat ikhlas, perlu dihebah-hebah?
tak, pada paksi benarnya. kerna pada yang terlintas ikhlas, dilangsung ikhlas, dijalan ikhlas. perlu dihebah pada sifat hipokrit pada pandang mata kasar? tanpa ketahui niat benarnya? boleh jadi fitnah, tahu? boleh kita bersenyum bertasbih berterima kasih pada Allah kerana yang jahatnya sudah dibetulkan, yang lemah nya makin kuat. jangan membuta-buta menjatuh hukum pada yang tak tentu pastinya.
pandang dengan mata hati, bukan dengan hasad dengki.
bagi yang masih belum faham, pandang-pandang lah diri. sendiri-sendiri salah, sendiri-sendiri betul. yang ditengah-tengah, pandang keduanya. yang disebelah kiri jangan menghasuti, yang disebelah kanan pandai-pandai mengadili. yang penting doa-doa merantai tak putus-putus diutus pada Ilahi, agar yang benar ditunjuki. sebagai insan, tak lari aku dari dosa-dosa, tak lari dari dibelenggu salah lalu. sebagai yang memerhati, perhati, tafsir dan insafi.
bukan jadi dalang untuk memusuhi.
No comments:
Post a Comment