dibelakang dia ada satu susuk tubuh. samar kelihatannya. dimana-mana dia berada susuk itu masih ada. seakan bayangnya. mana dia pergi, pasti sang susuk mengekori. ibarat tulang belakangnya. hingga yang melihat sudah lali dengan apa yang kelihatan. sang susuk dan dia memang berdampingan. bukan dimakan dengan kemenyan. kemana saja mereka berdua. dia ada untuk sang susuk, dan begitu sebaliknya. dan pernah termeterai janji antara mereka, akan terpisah jasad dan nyawa andai dia terpisah dengan sang susuknya.
satu hari terkhabarkan dia telah meninggal dunia.
mengapa?
kerna rupanya sang susuk telah dahulu pergi menghadap Ilahi. hakikat yang perit untuk dia telani. dan seperti yang telah dimeterai, janji juga ditunaikan,
dia juga mengikut sang susuk meninggalkan dunia yang fana. berjalan roh dan jiwa bersama-sama. suci. tunduk.
menghadap yang Esa.
6 comments:
entry ni berdasarkan pengalaman ke? aduhhh... susuk ke? hurmmm... bahaya menduakan allah. semoga menjadi tauladan untuk diri saya
baru sahaja sara mendengar cerita emngenai susuk ini..
tidak cukup lagi kah dengan kurnian yang diberikan oleh Ilahi?
.
susuk.
dosa
eh salah. semua org dah salah faham ni. maaf, ini bukan 'susuk' tu
org y berseni jer aku faham..:)
janji sehidup semati.sejiwa tapi terasing kemudiannya.
Post a Comment