June 22, 2011

tujuh belas nabila punya satu

buat adik perempuan ku, yang genap tujuh belas hari ini, hari hening, hari mulia, yang sejuk dunia, sejuk bumi Malaysia, dihujani hujan rahmat Nya.

buat adik perempuan ku, hari ni genap tujuh belas umur mu, genap tahun ke tujuh belas kau lahir di dunia yang indah,
bermuka-muka,
kejam tak berjiwa,
keras arus derasnya.

buat adik perempuan ku, biar kita tak tidur bersama,
biar kita terpisah jauh kau disana,
biar jarang bersua muka,
jiwa raga kita, percaya masih dekat, masih terpahat,
utuh kasih sayang kita bersama.

buat adik perempuan ku,
biar hijau umur tujuh belas mu,
tapi aku tahu,
fikir dan tingkah mu,
tetap manis walau berlari rajuk tak dapat apa kau mahu,
tetap tabah walau dipukul si darah daging yang tak tahu malu,
tetap kuat walau jauh dari keinginan sebaya mu.

buat adik perempuan ku,
maaf kan aku menjadi terlalu lusuh untuk ditirupakai,
maaf kan aku menjadi seorang kakak berperangai cibai,
maaf kan aku dengan segala kelemahan perangai.

kau tetap adik perempuan ku,
sudah tujuh belas umur mu,
tetapmasih ku anggap bayi kecil ku,
yang selalu aku sayang dan aku rindu,

selamat melangkau setahun kehadapan,

Nabila Izyan.

semoga terus berjaya dengan citamu,
semoga terus kuat maju mengharung arus hidup mu,
biar kita tak punya siapa,
kau tetap punya kakak,
yang takkan lokek cinta,
yang sedia ada meminjam semangat pada tika kau rasa
hidup mu sia-sia.

1 comment:

nabila mohaniz said...

tima kasih kakak :'),hadiah maner hadiah?haha