June 27, 2011

193

ah, damn. aku sayu malam ni.

andai diizin Ilahi,
mahu saja aku gapai bintang kejora dilangit tinggi,
menyelami laut sedasarnya mencecah terdalam Bumi,
mahu aku terbang sejauhnya, jauh tak terperi,
melimpah cinta tak bertepi.

hingga detik ini,
masih Tuhan belum izini,
biar terdaya menunai janji,
masih Dia halangi,
terletak molek pada yang ditentubahagi.

kalau Tuhan bagi izin,
mahu saja aku berlari ke pantai,
mengimbauintai kenangan tirai,
melurus semua yang kusut belum terurai,
menanam kasih yang baru bersemai.

kalau masih Tuhan mahu dengari,
nak sahaja aku ungkai rahsia diri,
biar semua dengar sayup mengerti,
apa yang selama ini aku simpan kejap dari azali,

mengunci rindu walau sudah berjauh hati.



No comments: