June 13, 2011

155


entah kenapa. aku suka begini, hidup diruang lingkup sendiri. tanpa udara, tanpa oksigen. hanya vakum. tapi aku masih lagi mampu bernafas. terawang-awangan dengan karakter-karakter yang aku cipta dengan imaginasi, berteka-teki dengan masa depan sendiri. walau kadang memang jelasnampak apa yang menunggu hadir, walau terkadang samar menyelubungi, walau terkadang terasa mahu menolak ketepi.

rugi.

jarang sekali aku rasai. mungkin hati yang separa kental, separa lembut, separa tabah, separa halus membuatkan yang terumbang ambing kehidupan walau jelas apa yang dimahu didepan mata hadirnya. aku rasa. tetap masih mencari walau kata hati menafi aku masih lagi menanti, yang selalu saja menyepi, masih lagi menanti, 
kata putus dari Ilahi.

biar panjang raung lolong menjerit meminta saki baki kasihan meminta saki baki belaian meminta saki baki rasa kasih sayang. biar meraung lolong memekikherdik tercela, seksa dengan penantian. seksa dengan kehendak belaian. mungkin semua hilang bila sudah bersua? mungkin semua hilang bila terbentang didepan mata?

tersudut.

rasa kadangsaja mahu aku berlari jauh terus berlari dan berlari tanpa henti. masih dalam ruang lingkup sendiri masih dalam dimensi yang satu lagi. biar apa saja terbuku dihati dicaci maki dihinabenci tersemat hebat dalam dalam kotak sanubari.

lama.

sampai mati aku akan tetap berdiri dalam kenangan-kenangan yang indah bermain tanpa henti dalam ingatan dan memori. tak terhinggap pada yang dicari, pada Tuhan, aku bunuh diri.

2 comments:

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

Luahan hati.
Btw, comel pic baby di ats:)

Nadia said...

hehehe terima kasih :)