June 12, 2011

150


semalam balik kerja, baca paper, sambil layan bola dengan ayah. takde orang lain dekat rumah tu selain aku dengan ayah. lama dah rasanya tak tengok bola ni. macam tak berminat sangat. satu hobi aku dari kecil dulu. pegi stadium naik motor sama-sama dengan ayah. yeah, really missed those moment. banyak sebenarnya yang aku rindu, lagi-lagi masa lalu. 

biasanya, aku akan start bersemangat lepas dah mula tengok sesuatu match tu. semalam bajet-bajet cam taknak tengok tapi memandangkan aku dah lama tak spend masa berkualiti dengan ayah so duduk lah kami berdua depan tv dan biasalah yang paling kecoh mestilah aku.

tetiba aku terasa tak suka dengan pasukan merah. entah kenapa tah. HAHA tapi sejujurnya memang aku kureng sikit dengan yang sebelah merah tu aku macam lebih tertarik dengan Terengganu. bahasa dia, orang dia *ehem ehem* HAHAHA terangkat-angkat bontot aku geram dengan match dorang. over kan aku? haha tapi dah azalinya aku memang camni -,- tak ayu langsung! 

memang best bila dapat tengok bola dengan ayah. last aku g stadium pun dah lama sangat dah masa SELANGOR MENANG 3 PIALA BERTURUT-TURUT.
eheeemmm!
hahahahah. memang faveret aku layan bola cumanya yang international aku tak berapa nak layan sebab utama waktu siaran dia (tak mampu Kak Jemah nak stay up lama-lama) kedua, memang tak kenal sangat pemain-pemain dia. yelah mana taknya kalau dah tak tengok, mestilah tak kenal, kan? haha! 

apa-apa pun aku memang puas hati tengok bola dengan ayah semalam. best sangat dapat buat aktiviti yang aku selalu buat dulu-dulu :) lepastu Terengganu, i love you lah. congratulation dekat team Terengganu and sorry ampun Tuanku, semalam Sultan Mizan cover-cover je padahal aku rasa kalau Baginda tengok kat rumah mesti dah melompat-lompat gembira. tetiba aku rasa sebak semalam. aih, pelik T,T hahahah

anyway malam tadi memang trisome! Alhamdulillah. 
♥ u Ayah!

2 comments:

Syazwan Che Deraman said...

terengganu!

topet said...

nnt ade match bola kat stadium shah alam aku bawak ko eh.tiket ko bayar.hahaha