June 7, 2011

123



Perhubungan yang terputus ditengah jalan walau tak sampai 24 jam lagi akan bernikah, membuatkan hati perempuan aku sayu. kuatkah aku andai semua itu berlaku? Nauzubillah.

hati aku menangis.

menangis bukan kerana benda itu telah atau sedang terjadi pada aku. tetapi menangis andai aku yang terpaksa lalu detik-detik begitu.

sungguh, hati perempuan aku menangis. menggogoi minta dijauhkan perkara sebegitu rupa.

andai takdirnya mungkin telah tertulis begitu, aku harus redha. betul kuat mereka yang telah diuji sebegini rupa. sedang ingin meraikan hari-hari bahagia, Allah tarik nikmat yang datang menghampir secara tiba-tiba.

Mereka kuat. dan aku salute pada kekuatan yang mereka bina atas ujian yang menimpa. bukan semua mereka kuat dan mamputampung pada yang telah ditulisNya.

tak terbayang dek aku, oleh ujian yang Allah tiupkan pada mereka yang kehilangan secara hilangmati mahupun terputusnya jodoh kerana perkara yang tak sepatutnya.

Pasti,

hikmah yang disusun, dicoretgaris dibelakang ujian yang ditulis, memberi seribujuta kebahagiaan lebih dari apa yang mereka pernah pinta. dan melebihi cinta yang sepatutnya.

kuatlah wahai kekasihcinta yang setia.

aku doakan agar kau kau semua kuat merempuh ombak ujian Allah yang Mulia. dan percaya walau sedetiknya,

Allah akan beri sebuah hadiah yang lebih berharga dari apa yang pernah kau terbayangkenangkan.

dan Allah hanya menguji pada sendatmampu kau, yang Allah telah kapisitikan.

raikan cinta dalam ujian-ujian yang Esa. Insya-Allah.

1 comment:

PERSONAL LOAN said...

bermadah durja pulak???