kami membesar taklah bersama-sama sebab abah (ayah kpd Faroq dan Farhan) merupakan seorang tentera dan mereka kerap kali ber-posting lah. tapi dulu saya selalu juga lah ke Johor (rumah mereka) untuk melawat. seronok kat sana sebab boleh tengok orang berkawad lepastu boleh tengok abah handsome pakai baju tentera (feewwiiitt!)
lepastu bila arwah nyai (nenek saya) meninggal dunia, depa pun tak lama tu posting pula ke Port Dickson. masa tu saya ada juga lah pegi umah mereka kat sana. huhu itu lagi lah heaven seh! sebab dekat sebelah kem tu ada muzium, gua selamba je tapau muzium tu hahaha. eh eh maksud saya disini, selamba ayah saya je saya nak pegi muzium tu bila-bila masa kiranya kalau saya nak apply jadi tourist guide pun boleh juga sebab saya dah hafal segala macam tempat kat situ. hebat kan saya? (kembang hidung ni)
saya ni tak ada lah banyak aktiviti sangat kat rumah tu. main buat lawak bodoh ngan adik-adik, main message dengan sape-sape yang message, main internet, main 'tu' je saya belum pernah cuba lagi. (baik) lagi satu, saya amat suka main PS2. saya suka main game perang-perang tapi saya alergic dengan Counter Strike. tak tahulah apahal. leceh kut?
saya tak de lah pandai memasak, tapi sikit-sikit tu boleh lah. sape-sape nak jadikan saya isteri, saya rasa saya boleh dikategorikan sebagai calon yang lengkaplah (promote). saya suka makan belacan. awak suka tak? saya tak suka tempoyak dengan cencaluk. entah apa lah rasa depa tu kan? (mengeluh dan berfikir). saya suka makan durian, rambutan, tembikai, mangga, strawberry, apple, oren. banyak tak? pendek kata, saya seorang yang memang suka makan (tu pasai gemuk tu) masa praktikal dulu saya suka minum air strawberry ice blended, memang terbaik wok lah kan? saya suka beli untuk Zain juga (baik hati ni, baguih dok ada!)
saya ada report tau kena buat. report tu kena buat sebab saya kan baru habis praktikal so kena buat report, nak cerita lah kenapa dan apa ddan bagaimana dan segalanya lah pasal praktikal tu. banyak tahu tak? saya nak buat, setiap pagi mesti niat nak buat, tapi kan, bila sampai je cc (tempat saya kerja sekarang) mesti saya rasa macam malas dan lupa pada niat saya. (tapi niat baik dikira pahala tak?)
tadi saya tanya mbak, muka saya ngan Husaini sama ke? mbak cakap, sama (saya gelak kuat-kuat) nanti saya kasi tahu apa yang sama.
maaflah tulis panjang-panjang ni. bukan apa, saya bosan.
HAHAHAHAHAHAHA
No comments:
Post a Comment