May 2, 2013

takde tajuk

hidup ni, bakal berubah lagi. kurang dari sehari, fasa hidup aku yang lama akan menutup tirai dan yang baru dengan tidak sabarnya mahu membuka tabir baru. hmm, tak apalah, dengan senang hati, aku terima. dah nama nya hidup, haruslah bersifat lebih terbuka untuk menerima.

Alhamdulillah, hidup lebih tenang. aku dah mula mencintai setiap detik yang berlalu dalam hidupku. mencintai dan mensyukuri sudah pun mencukupkan keseluruhnya. ini hidup aku, satu jalan yang perlu aku tempuh walau sekali sekala datang uji dan rintang dari Dia.

kerja, setakat ini masih di trek yang betul. syukur pada rakan-rakan sekerja yang membantu. syukur pada Tuhan kerana memberi aku peluang diawal ini untuk berkenalan dengan Kamila, yang ibaratnya seperti pelatih peribadiku yang dihantar Tuhan mengajar aku selok belok kerja baru. esok, hari terakhir Kamila bersama kami dan bermula lah fasa 1 episod baru hidup aku. fasa dua, kurang dari sehari bakal menjelma. Bismillah, semoga Tuhan tabahkan hatiku.

putera kayangan sekarang berada di negeri bawah lindungan bayu. semoga bayu terus-terusan melindungmu kekasih. syukur dikurnia peneman sementara yang melengkap selengkapnya walau tak sempurna langsung didunia, insyaallah dijiwa kau tetap separuh dari nyawa. semoga selamat naik dan turun dan pulang ke semenanjung. biar Tuhan pisah-pisahkan kita sementara, aku tak kisah. agar kita tahu dan faham erti menghargai masa yang diperuntuk semasa hidup. semoga kau diredhai dalam setiap lakumu. semoga dipermudah jalan kita dan semoga kita tahu menghargai apa adanya kita.

kawan-kawan. datang dan pergi. walau banyak yang pergi tapi masih segar dalam sanubari.tak pernah sekalipun aku lupa walau ada yang darinya tersimpan bersama memori luka, tapi kasih demi Tuhan tak pernah luntur. sahabat-sahabat baru yang sedang meniti tempoh suai dan kenal, selamat datang ke dalam hidup ku aku ucapkan.


dan diri aku, banyak penambah baikan yang terjadi secara jujurnya aku beri komen pada aku tapi banyak juga yang masih perlu improvasi dan muhasabah yang berterusan. semoga Tuhan bersama aku dalam aku bertatih menuju ke fasa yang lebih mencabar.


terima kasih pada setiap manusia yang pernah, sedang dan bakal hidup disetiap garis masa aku.



-Nadia.

No comments: