October 11, 2011

358

tak mampu nak ku tatap wajahnya kala dia mengalir air mata, biar diwaktu itu hanya ternampak bahagian sisi dia. tetap aku masih belum cukup ampuh menelan liur bagai duri, menelan sebak dalam sepi, diam -- lama cuba aku pasak kukuh kuat-kuat hati ini, lembut ku elus belakang nya. biar dia tenang walau aku tahu sarat dada dia tampung, lebih dari yang ternampak kan.

lama cuba dia tahan tangis nya. cuba meluah setiap duka dalam nada gembira, biar nyata nya tiada ceria. masih mahu dia berlagak seperti semuanya okay dan tiada apa-apa. bimbang katanya, hati anak gadis sulungnya ini turut terluka -- kerna dia tahu betapa rapuh aku, terkesan dari bayang hitam yang perlahan cuba aku lolosi. biar terkadang aku jatuh.

cukup.

kala linang air mata dia makin menderas, dapat  ku rasa hati ini bagai dihiris nipis-nipis. penuh luka. pedih - penuh sengsara. biar dipundak dia segalanya terhumban, tetap hati ini, yang biar masih aku diusia hijau ku tetap mampu aku lihat dari kaca matanya. 

biar tak seluruh nya -- jiwa kita tetap sama.

dan disetiap linang air yang terbit ditubir matanya, ku tanya pada Tuhan :

mengapa Tuhan, Kau uji dia tak putus-putus rantainya? 

lama emosi ini berperang bagai mahu pecah dada, dan aku cuba cari jawapan sebaiknya - andai uji-ujian ini satu tiket dipermudahkan perjalanan dia ke syurga Mu, 

pasti aku redha.

dan tanpa dia sedar, perit hati aku dah tak mampu terbendung kali ini, terus aku seka air mata ku meneman dia hingga ke hujung jalan. 

tanpa dia sedar.

dan disetiap langkah dia, dah ku pasung hati ini satu azam -- kan ku bawa dia keluar dari neraka dunia, dan menabur bakti ku sebagai anak hingga hujung usia.


semoga Tuhan tabahkan ibu dibahagian hidupnya.

5 comments:

Anonymous said...

moga dia, kau, aku, tabah seadanya.

ghost said...

sapa dia?

tapi aku tetap doakan untuk dia.

sesumpahmerah said...

amin...

Haikal Blank said...

makhluk yang sentiasa senyum untuk kita walau hati sarat menangis menahan seksa apa pun : Seorang IBU.

aku tak suka kalau dia menangis. aku juga akan menangis. ego lelaki ku luntur berhadapan air matanya.

Nadia said...

wanita mmg begitu lumrah dia :D