May 15, 2011

stay awake and alive



segalanya dah pun berubah. yang berubahnya terus berubah. faham? mungkin tak, sebab bukan kau adalah aku. rasa seperti semuanya terjadi semalam, kenal, jumpa, gelak, nangis, putus, meninggalkan. bermain-main di layar fikiran.

aku perlu stay awake and alive. sebab hidup belum tamat, masih akan terus berubah, masih akan ada anjakan nya. jangan pernah terlelap, sebab padah nanti tak tahu nak cerita.

biarlah terkunyah beberapa juta kalinya hati remuk, aku mampan. aku tabah. aku bukan perempuan yang lemah, bila make-up cair habis gundah gulana hatinya. bukan. aku perempuan, yang biar tercalar halus kulitku dengan desah hidup, biar lapar perut kerana kurang duit, biar hilang kasih yang diharap dari huru-hara keluarga, aku masih bisa berdiri, biar terbongkok sedikit jalanku, masih, sisa semangat masih berbaki.

tapi masih seorang perempuan. masih ternyata wujud fitrah perempuanku.

biar dirembes masalah mendatang, makin banyak, makin terinjak dekatku dengan Tuhanku.

insyaallah


No comments: